Selasa, 01 November 2011

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA


oleh : Ust. Mustofa Masyur
Iman dan Pertolongan Allah
Sesungguhnya keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan, penguasaan musuh dan tipu daya mereka terhadap Islam dan Muslimin …. semua faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di dalam jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya, jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap menimbulkan harapan yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat lagi berkuasa. Dialah penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita di dalam bulan Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah sebaik-baik saksi terhadap pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman walaupun mereka sedikit. Allah berfirman
“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar” (al-Baqarah: 249)
dan lagi                                                            
“(yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar” (al Anfal: 17)
Benar, sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta niatnya yang keji terhadap orang-orang Palestin bahkan terhadap Muslimin seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih besar. Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada tanah air Islam kerana padanyalah al Masjidil Aqsa, qiblat yang pertama dan “Haram” yang ketiga. Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah masjidil Aqsa menunjukkan niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orang-orang Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Siria membantu Hizbullah di Lubnan yang mempertahankan bumi Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya dalam pencerobohannya dan kesombongannya. Begitu juga kita melihat perangkap ke atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya bantuan terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang menyedihkan ini kita mestilah memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan diri kita dengan sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan menolong kita ke atas semua musuh-musuh. Adapun masa depan adalah untuk Islam.
“Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah” (al Anfal: 39).
dan benarlah Allah berfirman:
“Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci” (as-Saff: 9)
ke atas Muslimin seluruhnya perlulah membetulkantawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:
“(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (Ali Imran: 173-174).
Fenomena Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)
Sesungguhnya fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya Allah swt memberi amaran pada kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya seperti firman Allah:
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala” (Faathir: 7)
dan firmannya lagi: “Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus” (Yasin: 60 61)
Oleh itu ia menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan. dan firmannya lagi: “Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara hidup) yang lain, kelak kamu akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” (al-An`am: 153).
Sepatutnyalah kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita dapat melindungi pemuda-pemuda kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah membawa kerosakan ini kepada negara kita. Mereka telah membantu kemasukan dadah dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak lupa bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam sosialisme dan merekalah yang memerangi selain daripada Yahudi terutamanya Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang mukmin.
Di antara sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan kewatanan di kalangan para pemuda dan keadaan kelemahan politik, kemewahan yang tidak syari dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak mengembara keluar negara lalu terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keugamaan dan gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia) di samping penyempitan ini, dan begitu juga pemenjaraan dan mahkamah tentera dsbnya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan pendidikan agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing untuk menjadi contoh kepada pemuda dan pemudi. Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri terhadap memerangi agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping toleransi dalam memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada media-media kerosakan dan undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang boleh menghalang perkara tersebut.
Beberapa Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan
Di sana terdapat satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiahan terhadap anak-anak. Setiap penjaga (ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan memberi mereka harta benda, kereta, dan kurangnya pengawalan terhadap tindak tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan mereka tentang penjagaan.
Wajiblah ke atas kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta produktif, di samping mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada sebarang pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar daripada fenomena ini. Maka janganlah mereka mengabaikan urusan agamanya dan hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan yang hakiki agar mereka berjaya di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan apinya. Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat yang pertama sebelum dia menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan untuk mengkajinya dan meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media massa terutamnya television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan para pemuda dan ketua-ketua serta tunggak negara kepada faktor faktor yang membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod-metod kekerasan sahaja bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan tetapi hendaklah khidamt peranan pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang telah sabit jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.

PEMUDA YANG MEWAKILI SEBUAH UMMAT


Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar. Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam

pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):

“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yang

murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka.

Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah:
“Dia diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab. 
‘Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.
‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.
Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.
Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.
Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq yang menyifatkan:
"La Yuhzamu Jayshun Fihi Al-Qa’Qa Ibn Amr - Sawtu Al-Qa’Qa Fil Ma’arakati Ya’dulu Alfa Rajulan"

“Takkan terkalahkan tentera didalamnya ada al-Qa’qa ibn Amr, Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”.

Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.
Sewaktu pembukaan Mesir oleh tentera Islam di bawah Amr al-’As, Umar al-Khattab telah mengirim 4 ribu tentera sebagai tambahan. Pasukan tambahan tentera ini disertai oleh Zubair al-’Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin Shamit dan Muslimah bin Mukhlid, yang dikatakan setiap orang bernilai lebih dari seribu orang. Saydina Umar memberi amanat kepada Amr bin al-’As, "Kamu harus tahu bahawa kamu mempunyai 12 ribu tentera, dan 12 ribu tentera tidak akan dikalahkan disebabkan bilangan mereka". Dan berlakulah pembukaan Mesir yang agung di dalam sejarah Islam.
Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amal kerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:
“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”.
Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya.

Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.

Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:
“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamu menyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.
Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik.
Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:
“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia”
[Diriwayatkan oleh Ahmad]

Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata: Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam!
Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak rela diri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.
“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempat mereka” [Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”

[Muttafaq ‘alaih]

Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapi

kepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan
Islam.

Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia?
Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!! 

PESANAN UNTUK DUAT DIJALAN ALLAH dan AMARAN KEPADA SESIAPA YANG MEMUSUHI MEREK


oleh: Syeikh Mustafa Masyhur

Mursyid al-’Aam Jama’ah al-Ikhwan al-Muslimun al-Qahirah 30 September 1997
PENDAHULUAN
Telah jelas didepan sesiapa yang melihat bahawa di sana pertembungan yang semakin memuncak diantara negara-negara dan golongan-golongan yang menganggap Islam sebagai musuh bersama mereka, dengan umat Islam - negara dan pergerakan -dan musuh memperkudakan seluruh jentera untuk menjayakan perancangan mereka. Dan sayangnya sebahagian pemerintah Arab dan Islam juga turut bersama musuh dalam mencetuskan pertembungan diantara mereka dengan para duat Islam, samada terhadap individu atau jamaah. Yahudi - “manusia yang paling sengit memusuhi orang-orang yang beriman (Al-Maidah)” - telah memainkan peranan terbesar dalam memuncakkan persengketaan ini dengan melabelkan Islam sebagai pengganas dan pelampau sedang Islam agama kesejahteraan, padahal merekalah asal pangkal segala keganasan dan melewati batas. Kita dapati sebahagian dari individu dan jamaah di dunia Islam juga melewati batasan sehingga menggunakan bentuk keganasan dan pembunuhan kerana menyangka itulah cara paling ideal untuk merubah sistem pemerintahan. Hasilnya apa yang kita lihat di Algeria dan Mesir dimana terbunuh ribuan mangsa dari kedua belah pihak, juga dari kalangan orang awam dan yang tidak berdosa. Akhirnya tidak berlaku apa yang diharapkan, bahkan menambah buruk lagi maruah Islam.
Kita semua mendengar pembunuhan dahsyat di Algeria baru-baru ini, dan difitnah Jamaah Islam Bersenjata yang melakukannya sedangkan hati muslim manapun tidak redha menyembelih kanak-kanak dan wanita Islam, bahkan dari kalangan bukan Islam sekalipun. Ustaz Abbas Madani telah mengutuk kejadian yang ngeri ini dan mengumumkan bahawa tentera parti FIS akan memberhentikan angkat senjata bermula pada 1 hb Oktober ini dengan tujuan untuk menyiasat siapakah mereka yang sebenarnya yang melakukannya. Di Mesir, Jamaah Islamiah telahpun mengambil langkah memberhentikan keganasan setelah mendapati perbuatan ini tidak mendatangkan hasil dalam merubah sistem pemerintahan. Adalah menjadi kewajipan pemerintah pula mewujudkan suasana yang sihat sesuai untuk bertukar dan mengambil faedah dari fikiran-fikiran membina, daripada membalas keganasan dengan keganasan.
MANHAJ DUAT YANG BETUL
Islam berusaha merealisasikan kepentingan umum untuk negara dan masyarakat. Ia menyeru kepada kasih sayang, kerjasama, dan menunjuk manusia kepada Risalah ini di dunia dan kesudahan mereka yang menanti semua di Akhirat kelak. Uslub mereka ke jalan Allah ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Bilamana umat Islam sekarang sekarang sedang berada diparas paling lemah dalam sejarahnya berdepan dengan musuhnya, maka wajiblah mereka mencontohi Rasulullah saw. ketika Baginda saw. berada di marhalah Mekah. Baginda saw. sentiasa berpesan supaya mereka bersabar dan teguh tak berganjak dari prinsip, dan tidak menggunakan kekerasan. Baginda saw. menyampaikan berita gembira iaitu kemenangan dan Syurga. Sabar bukan bermakna lemah, tetapi itulah kekuatan. Bilal, Yasir dan Sumayyah dengan sifat teguh mereka, mengangkat ddan meletakkan mereka ke pihak yang mempunyai kekuatan, sementara Abu Jahal yang mengazab mereka berada di pihak yang lemah. Kerana apa ? Kerana Abu Jahal yang menggunakan azab siksa tidak mampu untuk menggoncang aqidah mereka, maka dialah yang tewas. Apabila Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mengasaskan Ikhwan Muslimin untuk mengembalikan struktur umat Islam dan Negara Islam, beliau mengambil panduan dari Seerah Rasulullah saw. Dia memperingatkan para Ikhwan akan apa yang bakal terjadi keatas mereka berupa halangan, dugaan dan siksaan lalu menasihati mereka dengan sabar, teguh, dan tajarrud di jalan Allah. Dia menggembirakan Ikhwan dengan keyakinan bahawa masadepan ditangan Islam walau sehebatmana sekalipun Kebatilan.
Para Ikhwan telah memegang teguh manhaj ini, lalu bersabar berterusan dan menanggung siksaan, penjara dan bunuh tanpa membalas semua itu dengan keganasan. Mereka menyerahkan perbuatan tadi kepada ALlah dan meneruskan perjalanan mereka dengan penuh sikap sederhana. Inilah kemudiaannya menjadi rahsia kekalnya Ikhwan bahkan berkembang … Kami berpesan kepada para duat agar merasa bangga dengan penggabunga mereka dengan Islam. Percayalah, musuh tidak akan dapat menghapuskan Islam ini selagi Allah telah redha Islam sebagai sistem untuk umat manusia sejagat sehingga datangnya Hari Kiamat. Tanggungjawab mereka ialah mencurahkan tenaga mereka untuk membaiki maruah Islam setelah ia diburukkan oleh Yahudi dan musuh-musuh Allah yang lain. Mereka memastikan bahawa umat Islam tidak mengancam manusia sebaliknya Islam mahukan hidayah dan kebaikan untuk mereka walaupun mereka perancangan mereka sendiri yang bermaksud kotor. Ini mencontohi Rasulullah saw. setelah disakiti di Taif, Baginda saw. berkata kepada Jibril: Moga-moga Allah akan mengeluarkan dari mereka keturunan yang menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dan berdoa ” Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Semua kita mengetahui bagaimana jamaah Rasulullah saw. yang kecil lagi tertindas di Mekah, dengan berkat kesabaran, tsabat, dan kesediaan mereka untuk berkorban dengan harta dan jiwa, akhirnya dimenangkan oleh Allah, mengalahkan musyrikin, Yahudi, Parsi (Empayar Timur) dan Rum (Empayar Barat) pada waktu yang singkat. Ini kerana kemenangan adalah datang dari Allah, setelah sempurna sebab-sebabnya seperti iman yang benar, azam yang kuat dan pengorbanan yang tinggi dalam apa jua bentuk. Hendaklah kita meletak tinggi harapan kita dalam sanubari. Sesungguhnya apabila kita iltizam dengan jalan Rasulullah saw. maka akan datang kemenangan untuk kita mengatasi seluruh musuh-musuh, seperti yang telah dicapai oleh orang-orang Islam yang terdahulu dari kita. Ini adalah sunnah ALlah, dan sunnah Allah tidak akan berubah.
ZIONIS YANG DEGIL, AMERIKA YANG BERPURA-PURA
Tidak perlu di sini kita mengimbas kembali sejarah panjang kekejaman Zionis dan pelbagai keganasan dan penyembelihan yang berulang-ulang dikenakan ke atas umat Palestin dan khianat mereka terhadap apa-apa sahaja perjanjian yang dimeteri atau resolusi-resolusi PBB atau Majlis Keamanan. Natyanahu tetap terus dengan perancangannya, memenjara pemuda-pemuda Hamas di Tebing Barat, membina penempatan baru untuk yahudi, menganggap Pihak Berkuasa PLO bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan yahudi, walaupun setelah lawatan Mandaline, menteri luar Amerika ke rantau ini meminta semua pihak mencapai perdamaian. Selepas semua ini, bolehkah diharap kedamaian yang diharapkan? Bahkan dengan kenyataan umum Mandaline ini sebenarnya menyalakan lagi api permusuhan yang menanti letupan sahaja. Yang menyedihkan lagi ialah apabila baru-baru ini, pihak berkuasa PLO menutup institusi-institusi kebajikan masyarakat milik HAMAS dan memenjara berpuluh-puluh dari tenaga penggeraknya. Demikianlah sanggupnya pihak berkuasa PLO menutup pusat-pusat kebajikan yang memberi khidmat kepada masyarakat di Palestin semata-mata kerana tunduk kepada tekanan Amerika dan Zionis, walaupun dia sendiri merasakan kebiadapan musuh dalam membina penempatan-penempatan baru di tanah milik Islam dan Arab.
Sikap Amerika yang tak ambil peduli dalam berdepan dengan kedegilan Zionis ini terang menunjukkan wujudnya kesepakatan di antara mereka dan kepura- puraan kononnya dia adalah penaung kepada Perdamaian ini, sedang mereka menolong musuh memerangi Arab dan umat Islam. Albright juga meminta negara- negara Arab agar menghadiri persidangan di Doha yang turut dihadiri oleh Israel dan beliau sendiri sebagai wakil Amerika walaupun dalam suasana mendung seperti ini. Kehadiran mana-mana negara Arab ke persidangan ini adalah merupakan kehinaan yang tetap diukir dalam sejarah. Kita juga berdepan dengan pendirian Amerika dan Badan Dunia yang menentang resolusi Liga Arab memberi sedikit keringanan terhadap kepungan (embargo) yang dikenakan terhadap Libya dengan membenarkan Qaddafi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaannya mendarat dengan kapalterbang di negara-negara Arab. Kejahatan dan berpegang teguh dengan resolusi mengepung Libya ini adalah dalil jelas akan niat busuk Amerika dan sekutu-sekutunya dari kalangan Arab dan umat Islam sendiri.
AMARAN KEPADA SIAPA YANG MEMERANGI PARA DUAT
Seperti yang telah dijelaskan, Islam didatangkan untuk kebaikan manusia sejagat. Orang-orang Islam tidak menzalimi sesiapa dari kalangan bukan Islam, tetapi Islam mahu memberi mereka hidayah dan kebahgiaan di dunia dan akhirat dengan ajaran agama yang benar ini. Tetapi kamu enggan dan bersikap menentang dan memerangi umat Islam. Oleh itu menjadi kewajipan kami memberi amaran kepada kamu dengan kata-kata, “Jangan kamu terperdaya oleh kekuatan material seperti tentera, senjata dan kekuasaan yang dimiliki. Sesuatu perkara mustahil tidak berubah. Jangan kamu dikaburi oleh perpecahan dan kelemahan umat Islam. Kekuatan tidak akan kekal kuat selama-lamanya, dan lemah tidak akan kekal dalam keadaan lemah selama-lamanya. Allah Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tidak redha pada kezaliman dan penindasan yang dikenakan keatas duat tidak lain kerana mereka mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”. Kamu memerangi umat Islam, menyiksa duat dijalan Allah dan kamu menyangka kamu akan terlepas dari balasan Allah. Kezaliman tidak akan terlepas dari genggaman Allah. Benarlah firman Allah: “Jangan kamu menyangka ALlah lalai dari apa yang dilakukan oleh orang- orang yang zalim. Allah menangguhkan (pembalasan) mereka ke hari yang terbeliak penglihatan.” Tidak berguna kekuasaan dan kekuatan kamu ddidepan Allah sedikitpun. Bahkan si penzalim dihari Kiamat berkata, “Tidak berguna hartaku, binasa kekuasaanku”. Sesama kamu akan berlepas diri dan melaknat antara satu sama lain ketika para pengikut berkata, “Sesungguhnya kami (di dunia) mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang lurus. Wahai Tuhan kami, datang-kanlah siksaan kepada mereka dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar “. Setiap orang mesti mengetahui bahawa membantu penzalim - walau dengan kata-kata - akan dihisab ke atasnya. Begitu juga mereka yang terlibat mengeluarkan peraturan-peraturan yang menzalimi orang ramai, mereka akan di hisab selagimana akta-akta ini terus kekal, walaupun mereka telah meninggal dunia.
Kenapakah mereka tidak mengambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu yang disebut dalam al-Qur`an, di antaranya Fir’aun yang berada di puncak kekuasaan dan berkata, “Aku adalah Tuhan kamu yang Maha Tinggi”? Dia memperlekehkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Akhirnya ALlah menenggelamkannya bersama- sama tenteranya dan menyelamatkan Musa a.s. dan kaumnya. Juga kisah seorang yang berada di puncak kekayaan seperti Qarun yang berkata, “Sesungguhnya harta ini aku perolehi kerana ilmu aku (semata-mata) lalu Allah menenggelamkannya bersama rumah dan harta ke dalam bumi. Dan tidak ada untuknya kumpulan yang dapat menolongnya selain Allah”. Kami katakan di sini kepada Zionis, Amerika dan sesiapa yang menurut jejak langkah mereka, “Sesungguhnya sistem kamu yang memusuhi Islam dan umatnya, dan kedegilan kamu untuk terus dalam keadaan ini, menolong mencepatkan lagi kesudahan kamu sebenarnya. Masa adalah sebahagian dari rawatan. Kamu tidak akan sekali-kali dapat membunuh ruh semangat dalam sanubari umat Islam. Mereka tidak akan membiarkan kamu berbuat apa sahaja yang kamu sukai terhadap Palestin dan Masjid al-Aqsa, Qiblat Pertama, Tempat Suci Ketiga. Sikap kamu ini akan mendorong Umat untuk berhimpun, bersatu, kembali ke agama in dan Tuhan mereka, lalu menegakkan agama ini. Sesungguhnya Allah berkuasa (menyempurnakan) urusan-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Tidak lupa kami menyatakan kepada pemerintah Arab, “Berilah kebebasan dan didiklah umat ini dengan kebanggaan terhadap agama ini, juga didik dengan kekuatan, keagungan dan kemuliaan. Kamu hendaklah mengetahui bahawa kepentingan kamu dan negara terletak kepada sejauhmana kamu berpegang teguh dengan Islam dan mentaati Tuhan kamu. Jangan kamu menghalang sumber-sumber pemuda penggerak untuk agama ini. Hentikanlah penangkapan, adakan perbincangan membina dan persefahaman. Pertembungan antara kita dengan musuh suatu yang tidak dapat dielakkan. Persiap sediakanlah masyarakat kamu agar mereka menjadi benteng untuk kamu dalam berdepan dengan musuh.” Tidakkah aku telah menyampaikannya … Ya Allah, saksikanlah.
Mustafa Masyhur, al-Qahirah. 30.9.1997